Ada wifi ke sini?

Mawar dan Syamsul telah selamat ke jinjang pelamin. Pada petang hari persandingan aku dan Najmi menculik mereka untuk buat sedikit outdoor session. Lari dari majlis persandingan (selepas bersanding) mestilah amat lega buat mereka. Wajah letih kita kasi touch-up sikit untuk outdoor session.

Kami ke Masjid Tangga Batu yang dibina (bangunan asal) pada tahun1925. Malangnya ada beberapa shots masjid aku rosak. Rasa rugi sebab tak guna setting “raw”. Mujur gambar pengantin aku tak rosak semua. cuma ada 5 keping berselang yang rosak.

Majlis Mawar dan Syamsul berlangsung di Bukit Rambai. Tidaklah jauh dari masjid ini. Aku singgah di masjid ini pada tengah hari sebelum pukul 1 petang kerana masalah perut. Tinggalkan Najmi untuk cover majlis khatam Quran di rumah Mawar. Najmi semakin bagus bermain dengan angle dan hasilnya lebih menyerlah hari ini. (Gaambar di atas pun Najmi yang snap-kaki pengantin perempuan cropped).

Acara dua hari ini memang penuh. Dan ada beberapa tetamu yang memeranjatkan! :P

Honestly aku pun rasa dah tak sabar nak bergambar begini lagi.

Start Slide Show with PicLens Lite PicLens

« Previous Entries