Monthly Archives: May 2015

Kelas Blog P&P FPTV UTHM

Semalam saya telah dijadualkan untuk menjadi tenaga pengajar jemputan kepada bakal guru-guru (inshaAllah) yang sedang mengikuti kursus Master di FPTV UTHM (Batu Pahat, Malaysia). Alhamdulillah perkongsian daripada sesi tersebut memperlihatkan peserta mampu membuka akaun blog daripada servis blogspot. Pada permulaan kursus pendek tersebut, saya telah mendapatkan sedikit latarbelakang pengalaman menguruskan blog daripada setiap peserta dan kesimpulan awal saya buat ialah hampir keseluruhan tidak tahu hendak mulakan daripada mana. Walau bagaimanapun ada peserta yang ada pengalaman terdahulu yang baik dalam pengurusan blog. Continue reading Kelas Blog P&P FPTV UTHM