Monthly Archives: March 2016

Hubungkan FB Page anda dengan akaun instagram

Multi Account Instagram ialah antara ciri baharu diperkenalkan pada tahun ini 2016 kepada pengguna instagram. Saya bukanlah lama sangat dengan instagram dek kerana kekangan kemampuan gajet saya. Nak pasang instagram kena berebut ruang dengan apps yang lain. Kesudahannya, dek kerana kamera telefon pun setakat ala kadar sahaja, jadi terbengkalai lah akaun insta saya. Bila 2016 saya dah pun memiliki satu tab Asus, jadi saya cuba log masuk semula kepada akaun saya. Hampeh! Lupa password dan tak boleh berjaya nak dapatkan password. Rupa-rupanya macam insta dah pun jadi sebahagian daripada produk Facebook.

Tab Asus saya pun mengambil sedikit masa untuk menerima aplikasi insta yang didatangkan dengan ciri multi account. Sempat saya bergaduh dengan kawan yang memiliki Mi dan Sony Xperia sebab telefon mereka dipasang dengan apps insta yang sama versi dengan yang terpasang dengan tab saya, tapi mereka dah pun dapat ciri multi account tetapi tidak saya.

12599513_1703641659925133_15596890_n

Apabila apps insta di tab saya sudah dapat ciri baharu itu, dengan cergasnya saya buat beberapa akaun dan hubungkan. Sehingga suatu ketika (hari ini) saya hubungkan pula setiap satu akaun insta tersebut kepada fb page yang berkenaan dengan akaun setiap satunya. Satu contoh seperti berikut

  1. Insta @kitsmy
    Instagram dengan fb page https://www.facebook.com/kits.com.my

Ada beberapa fb page yang saya uruskan telah pun saya buatkan akaun instagramnya. 🙂

Sekarang di tab, saya perlu toggle sahaja akaun insta di dalam apps, tanpa perlu logout-login. Lebih selesa.

Rujuk https://help.instagram.com/356902681064399