Bosan dengan grup WhatsApp suasana PRU-14

Begini. Jika awak semua tiba-tiba terjebak di dalam grup sekolah, masjid, surau, cucuk langit: tetapi semua ahli di dalamnya telah bertukar menjadi penganalisa politik mengalahkan semuanya wakil rakyat yang duduk dalam parlimen, ini saya kongsikan cara bijak untuk hindarkan diri dari arena itu untuk 8 jam, 1 minggu atau 1 tahun.

Daripada awak-awak dicop kurang hajar, tak hargai jasa, bodoh piang, atau dibangsatkan, lebih baik awak-awak mahirkan diri dengan teknologi yang ada dihujung jari.

Aplikasi WhatsApp

1. Buka grup yang maha hebat dengan Politik itu.

A. Lihat hujung kanan atas, ada 3 bintik bertindih. Klik padanya.

B. Pilih “Mute notifications”

C. Pilih 8 hours, 1 week atau 1 year.

2. Selesai.

#BetterNation #BetterCitizens #PerkasaAkhlak