Akaun internet emel pertama aku
Assalamualaikum wbt.
Yep! Aku telah mengenal pasti akan akaun internet emel aku yang pertama ialah dari perkhidmatan tawaran HoTMaiL, pada tahun 1997. Iaitu semasa aku mula berjinak dengan internet, pelayar internet dan Macintosh PC.
Tarikh yang tepat ialah pada 02 Disember 1997. Hahahaha. Yang menariknya, aku minta bantuan dari seorang senior aku untuk daftarkan emel itu. Harapnya orang itu masih ingat. Ekekekekeke. (Sila mengaku!)
Membuatkan aku tertanya-tanya jika masih ada yang ramai di antara kita masih menggunakan akaun dari hotmail ini? Kalau dulu memang terasa sangat bagus sebelum dunia internet menjadi begitu rumit dan mencabar dari segi keselamatan sehingga permberi khidmat mengadakan pelbagai prosedur keselamatan yang meremehkan urusan hatta untuk daftar masuk akaun.
Teknologi aturcara dan pelayan yang memberi beban kepada komputer pengguna yang terhad dengan upaya muat turun data yang rendah merimaskan pengguna. Sehingga suatu fasa masa, pengguna berubah kepada pilihan akaun dari perkhidmatan lain seperti Yahoo! dan GMail.
Sekarang agaknya semakin banyak pilihan yang ditawarkan. Apapun aku berterima kasih kepada miss Zacyk. Happy belated birthday. Jangan mintak yang bukan2. ekekeke.
Posted in Internet
