Al-kisah kami bekerja berkumpulan

[singlepic=338,320]

Agak lama tidak ada update di sini. Bukan bermaksud tinggalkan pengikut blog ini. Walaupun blog aku nih tidak seberapa hebat berbanding dengan blog-blog teman-teman yang lain. Aku menghargai kepada semua yang datang dan mengikuti blog ini.

Banyak berita dan hal berlaku sepanjang sela masa kita tidak berkongsi cerita. Ada yang seronok, ada yang kurang seronok. Tetapi kita alihkan perhatian kepada berita yang seronok buat masa ini. Yang kurang seronok, kita simpan. Jadikan tauladan, bukan dijadikan perhatian. Semat elok-elok dengan sabar. Setuju. Kalau perlu dikongsi, kemudianlah.

Semalam, aku telah berkerja sama dengan rakan-rakan untuk membuat sesi uji peralatan studio, dan juga sesi bergambar studio di Studio MZR di seksyen 7, Shah Alam. Sesinya bermula pada jam lebih kurang 6.00 petang, berhenti sebentar kerana masing-masing perlu ambil Asar. kemudiannya sambung bertungkus lumus beramai-ramai. Berhenti untuk Maghrib kemudian sambung lagi. Semua bertungkus lumus. Terima kasih kepada semua yang terlibat.


Posted in Photography

Tags: , , , , ,

6 Responses to Al-kisah kami bekerja berkumpulan

  1. kaduke says:

    ooo ada test shot. ada makan makan tak? kenapa kamu kelihatan pendek pada gambar no.3.. huahuaha

  2. sahaini says:

    yeke pendek? aku yang hujung kanan sekali. kalau dibandingkan dengan bye yang terkedepan, memang nampak rendah (jgn guna perkataan “pendek” sebarang. sensitib) :P

  3. bani says:

    nape sham nampak ‘pendek’ juga. bagus chul bela sham.

  4. sahaini says:

    bela jarak jauh je tu… :)
    (bukan “pendek”lah, “rendah”… pendek untuk jarak, rendah untuk had)
    muhahahar

  5. jun says:

    saha..hebat k x blog tu x penting la..setiap topik ade pengikut tersendiri jd dia tetap hebat pd pengikut2 blog tu..kan kan? hehe…
    bznyer….dh settle semua hal kawen?

  6. sahaini says:

    kak jun, :P betul betul betul (gaya upin dan ipin). Hal nak kawen belum settle. semua nya dah macam buat sakit jantung jer. tapi sedang berusaha selesaikan yang termampu agar berjalan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>