Ayam dan peha ayam

Salam aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

Cerita 1.

Jangan terkejut, di masa-masa akan datang, anak-anak kita nanti tidak akan kenal binatang yang bertenggek di atas pokok di malam hari itu ayam. Mungkin nanti dia kata itu burung hantu. Jangan terburai ketawa, bila nanti anak-anak kita tidak kenal dengan binatang yang menngais-ngais di pagi dan petang ditengah laman rumah tinggalan warisan moyangnya dan mereka anggap binatang itu liar dan menggerunkan. Jangan gelabah kalau ada anak-anak kita menjerit ketakutan kerana terjumpa binatang yang terkurung dalam reban kerana leka-leka merayau-rayau di rumah kampung yang penuh dengan ternakan tetapi disangkanya ada momok dikurung jiran.

Jangan tergadah bila anak-anak kita menunjukkan peha ayam goreng bersalut rempah keemasan bila kita tanya, “Macam mana rupa ayam?”

Cerita 2.

Seorang atuk yang sedang berpeluh-peluh mengerah tenaga mengalihkan longgokan pasir dengan kereta sorong, terpinga-pinga bila cucu sulungnya beriya-iya menunjukkan ke arah sepohon rendang sambil berteriak penuh keterujaan. “Atuk, atuk. Besarnya burung atas pokok tu!”

“Mana?” Tanya atuknya sambil menyorotkan mata ke arah dahan sambil melilau bebola matanya melilau mencari “burung besar” di celah-celah ayam yang bertenggek di atas dahan pokok itu.


Posted in Life

Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>