Category Archives: Tuts

Tips101. Komen atau Diskripsi Youtube dan hala kepada time frame yang spesifik

Anda tonton video di Youtube? Anda hendak komen dan rujuk kepada detik yang tertentu? Tak perlu nak jadi seorang programmer pun! Tak perlu nak belajar Javascript bagai atau kod HTML untuk berbuat begitu dah. Tak payah nak tinjau-tinjau Embedded option pun!

Komen dan link timeframe spesifik

Tadi saya komen satu video belakang tabir sesi fotografi. Saya hendak rujuk komen saya itu kepada detik time frame yang khas. Sebelum ini saya jumpa beberapa komen dan diskripsi di dalam Youtube dengan link time frame sebegitu. Saya bayangkan, aiseh kena kod html lah nih, apa ke pulak sintaks yang diperlukan.

Tetapi hari ini saya letak sedikit usaha dan buat carian. Buat suatu query (saya guna search engine duckduckgo, anda boleh guna google, bing, yahoo atau apa sahaja mengikut keselesaan anda) say terus jumpa satu video yang menceritakan pencarian maklumat yang sama seperti saya di https://www.youtube.com/watch?v=SRT9-yPkKig

Okay carian lain, saya jumpa di forum Youtube sendiri iaitu di https://productforums.google.com/d/msg/youtube/EeANt2tut_k/iJGwdLWRkq4J

Mungkin ramai juga yang try and error dengan menaip sahaja komen dan time frame yang mengikut format masa. Ya! betul lah tu. senang kan?

Ini saya rasa ciri yang bermanfaat kepada blogger di luar sana juga. Selamat meletak komen dengan ciri! Have fun… (jangan lupa komen kepada pos ini ya… biar semua orang tahu… biar semua orang hebat memberi komen membina dan dengan bergaya macam pro!)