Darjah indeks (index hierarchy)
Artikel Bahasa Melayu.
Di dalam pembangunan laman web, beberapa perkara di ambil kira sebagai faktor. Antaranya ialah komputer-pelayan (server), bahasa aturcara, keselamatan data dan trafik. Kebanyakan faktor ini melibatkan komputer-pelayan (server) itu sendiri. Sistem operasi yang popular dan dikenali ialah berasaskan Unix, Linux dan juga Microsoft.
Penulis ingin menyentuh satu aspek di dalam pembagunan laman web, iaitu darjah indeks (index hierarchy). Darjah indeks ialah susunan penamaan kepada fail yang akan diproses oleh komputer hos.
Untuk komputer hos yang berasaskan UNIX, berikut ialah darjah indeks dalam penamaannya.
- Welcome.html
- index.html
- index.htm
- Welcome.htm
- index.shtml
- index.phtml
- default.htm
- Default.htm
- index.php3
- index.php4
- index.php
- home.htm
- home.html
UNIX mempunyai syarat peka-sifat-huruf (case-sensitive). Jadi berhati-hati ketika menamakan setiap fail anda.
Untuk pelayan yang berasaskan Windows pula, begini susunan darjah indeks.
- default.asp
- default.htm
- index.htm
- index.html
- index.asp
- default.aspx
- index.aspx
Windows 2000 and NT servers.
Sekian dahulu buat kali ini.
Posted in Internet
Tags: domain, e-book, hosting, html, index, Internet, server, site, url, web, www