Dia tidak bersalah

inno, originally uploaded by Azman Saini Abdul Salam Babji.

Pagi tadi (4 Oktober) emak, abah dan seorang dari adik perempuan ku pulang ke kampung sempena hari raya Aidilfitri. Pada kebiasaannya, emak akan membela cucunya seramai 3 orang. Oleh kerana ibu kepada cucu-cucu emak aku ini bekerja hari ini setengah hari, mahu tidak mahu aku di”paksa” jadi pengasuh. Mujur cuma seorang sahaja yang dipertanggungjawab kepada aku. Yang paling bongsu dan berumur 9 bulan.


Dari seawal pukul 8 pagi sehinggalah 1 petang aku jadi pengasuh. Sua orang adik lelaki aku juga membantu sikit. Tetapi aku rasa, paling banyak masa, aku lah jadi pengasuhnya. Berak, aku basuh. Makan akan bancuh dan botolkan. Tidurkan beberapa kali selepas setiap kali minum dari botolnya.

Malamnya aku cerita kan sikit berkenaan hal itu kepada tunangku. Dia pun jawab dengan SMS “Xpela, nnt ada ank sendiri kn senang..:-* :-* :-* “. Iyolah.

Berkenaan dengan imej yang aku sertakan ini, bukanlah kejadian sebenar. Aku sunting dengan perisian Photoshop. Imej asalnya adalah seorang budak perempuan yang comel di Melaka.


Posted in Photography

Tags: , , ,

3 Responses to Dia tidak bersalah

  1. sol says:

    sian budak cute ni jadik mangsa fotosop hehe

  2. sahaini says:

    itulah. kesian dia. sol jgn fotosop kan diri macam ni. :P

  3. chul says:

    potosop tkpe lg, jgn dera anak bine dh ler

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>