Hari yang mendung

Cloudy day here in Kuala Lumpur today. Raining in the late evening.

Di pejabat ada mesyuarat selepas waktu kerja. Menurut kata boss, nak buat secara bulanan. Mesyuarat ini merangkap kursus sehari dalam KPI depa lah. Kerani2 mcm aku nih, buat cukup syarat ajelah. Takpe, selagi buleh bertolak ansur, aku masih boleh buat dunno ajer. Bukan susah sangat pun. Duduk, hangguk2. Ekekekeke. Jika aku pegawai, kenalah responsif lebih.

Mesyuarat ditangguhkan dalam jam 7 petang. Aku keluar minum dan solat maghrib di masjid. Kemudiannya bergegas ke Bangsar Village-Starbuck. Berjanji dengan seorang kawan untuk dapatkan materials untuk project website.  Dalam pukul 9.00pm baru muncul, dankami makan di restoran sambil berbincang. Pukul 10.00pm, kami pun beransur pulang. Aku terus menghala ke rumah. Jeng jeng jeng. Ada warga baru sedang menunggu di rumah.

Semasa di Kg Jalong, Ahad yang lalu, kebiasaanya kami akan berteduh dan melelapkan mata di rumah Makcik Kibah. Begitulah juga untuk kali ini. Her daughter, Mona and herself are very kind to us. As a token of thank you, aku dan abah siapkan installation lampu untuk 2 anjung rumah makcik. No need to pay the coasts. Perkara yang menaik, ada se-ekor anak kucing yang comel. Makcik dah sedia bagi pada aku, setelah ku bodek. Tetapi abah pula keberatan untuk bawa balik. Risau pula jadi mangsa kekejaman dua anak buah ku. Maklumlah, benda comel. Sejarah dari ibu mereka berdua tu telah terpahat kenangan hitam, bila beberapa ekor anak kucing patah kaki dipiatnya. Ini kisah 20 tahun dahulu, risau pula kembali berulang. Hahahaha.

Rupa-rupanya, hari ini warga baru dirumah kami ada enam pula yang datang. Hahaha. Tak tahulah macam mana nak melindungi mereka ini daripada keganasan Aina’ dan Ummi yang masih lagi belum menunjukkan belang. Moga-moga mereka tidak mewarisi keganasan ibu mereka.

1 ekor
Anak kucingMakcik Kibah yang comel

6 ekor
Enam anak ekor kucing – ada yang belum buka mata pun lagi.

Emak pula nampak kesungguhan untuk membelanya. Emak memang suka dengan kucing. Cuma syaratnya, jangan nakal. Kalau nakal, jawabnya, bye bye. :) Kata emak, esok nak ke klinik haiwan, nak minta nasihat macam mana nak bela mereka. :p

Posted in Life

Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>