Kekunci Pantas LibreOffice / OpenOffice

Sudah pun menjengah tahun 2012 Masehi. Catatan pembukaan tahun ini aku kongsikan berkenaan aturcara pemproses dokumen yang menjadi pilihan kepada penggunaan aturcara komersil Microsoft Office. Adil rasanya aku beranggapan Microsoft Office merupakan produk yang terkenal dengan penjenamaan dan juga kegunaannya. Buat insan yang biasa menggunakan produk ini, sudah sekian lamanya, terdapat produk pilihan yang diedarkan secara percuma dari segi perlesenan. Teringat aku kepada aturcara StarOffice ketika zaman DOS (sekitar tahun 80-an hingga 90-an), pasti ramai kenalan yang lahir sezaman dengan aku pernah melihat atau jika aktif dengan komputer, pernah mengikuti kursus kendaliannya (Lotus Suite, sudah begitu canggih semasa lewat 90-an).

Kali ini aku tidak bercerita panjang berkenaan aturcara-aturaca yang kusebutkan. Tetapi ingin berkongsi capaian web yang menyenaraikan kekunci pantas untuk aturcara LibreOffice/OpenOffice. Secara peribadi aku mengendalikan komputer dengan lebih pantas jika mengendalikan aturacara dengan gabungan tetikus dan kekunci pantas.

http://community.linuxmint.com/tutorial/view/332

atau masih lagi dengan Microsoft Office?

http://support.microsoft.com/kb/290938

Posted in Computing, Linux

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>