Manusia ini bengang (merapu kalau itu yang kau mahu)

Maafkan tulisan (yang mengalir dari percikan pemikiran aku) kali ini. Berbaur ketidak-puas hati. Atau bahasa mudah, memberontak.

Maafkan tulisan ini jika merentasi batas dan menyinggung perasaan kamu.

1. “Semua orang ada masalah. Jadi diri sendirilah yang bantu diri sendiri.”
- itulah perenggang yang selalu aku dengar bila aku di”tangkap” lalu disoal bila mereka anggap aku sedang dalam masalah. “Ya!” Itulah jawapan aku bila soalan mereka bermaksud, kamu ada masalahkah? Tetapi bila aku jawab begitu, perenggan di atas ialah jawapannya penyejuk hati (hati mereka atau hati aku?).
- izinkan aku mencarut (*#$%&!!!).
- aku sudah bertenang sehabis mungkin.
- aku sudah berusaha menghargai semua bentuk bantuan motivasi.
- tapi, bila, aku, beritahu, aku perlu bantuan, sebab, aku tak tahu, ceruk mana, lubuk mana, atau dari mana aku nak bantu diri aku, apa yang aku dapat ialah… sunyi. Mereka yang beri nasihat itu sunyikan diri. Sudah hilang kata-kata himah ke?

2. Aku tak pandai nak alihkan kemurungan disebabkan tekanan yang datang tanpa jemputan kepada suatu bentuk tenaga yang lain.
- Bila aku sedang berusaha separuh nyawa (ye betul, aku hampir hilang nyawa), tetapi motivasi yang aku dapat adalah sindiran. Perlukah aku jawab sindiran-sindiran itu dengan hempukan? Awas! Anda menyakitkan hati aku.
- Aku tak perlu bercerita semua masalah yang bebankan kotak fikiran kecil aku kepada semua manusia yang bertanya (dengan ikhlas ataupun sekadar manis mulut). Sebab aku dah banyak kali mencuba. Sekarang masanya aku sedang letih.

3. Perancangan yang menuntut pengorbanan.
- Maaf aku tiada wang yang hendak dikorbankan.
- RM10 tadi pun aku tagih dari Robi (yang selalu ku gabungkan dengan senda gurau namanya menjadi Robinatang), supaya aku boleh pulang ke rumah yang jauhnya 40 kilometer dari tempat aku (buat-buat”) kerja. Itupun dia kata, “burn ajelah, kau pun banyak tolong aku’. Ye ke, banyak sangat aku tolong?
(buat-buat*) ada manusia yang tanpa segan silu luahkan kata-kata yang aku buat-buat kerja. Bukan kita semua begitu ke? Melulunya perkataan itu keluar adakah sekadar hendak alas punggung sendiri?
- Bijak pandai dan waris-warisnya berkata dan ingatkan kepada aku, “Cari rezeki halal, tunaikan perkara yang dipertanggunggjawabkan dengan amanah.”
- Aku semat dalam hati “InsyaAllah.”

4. Mengamuk.
- Sebab apa? Sebab engkau tidak puas hati sebab engkau sudah tidak segagah atau sehebat dulu? Tidak sedar diri. Tidak belajar agama agaknya. Allah itu yang Maha Hebat. Manusia tak pernah hebat. Secolek hebat pun tidak. Mana sifat mahmudah, yang engkau suruh aku belajar? Tunjuklah diri sebagai orang tua yang menjadi tauladan dunia akhirat. Jangan tunjuk hebat.
- Aku sebenarnya rasa nak tampar. Tapi sebab aku tak hebat, biarlah Allah sahaja menampar kamu tu. Sebab aku takut tak berlaku adil.

5. Aku minta maaf.
- tak perlu aku hujahkan ribuan perkataan yang tersusun untuk jadi alasan, supaya kamu maafkan aku.
- aku janji tapi aku tak tepati, aku minta maaf.
- a missed mean failed.
- aku manusia. bukan sempurna. kau pun manusia.

Posted in Life

Tags: , , ,

6 Responses to Manusia ini bengang (merapu kalau itu yang kau mahu)

  1. nunjimmimya says:

    tajam..
    sinis..
    terasa..
    merasa..
    terpaksa rasa..
    semua ada..

    p/s : perlukah aku juga merasa……?? macam ya…….

  2. Yeop Hakmal dan Najmi,

    kepada semua. tanpa kita sedari mungkin ada sekelumit rasa ngilu di hati kerana kurang bersetuju atau berpuas hati. jadi itu sebab aku mengamuk seakan-akan hang jebat yang menggila menikam semua yang ada di hadapannya, kerana hatinya panas bila tindakan sultan yang dia tidak lagi mampu rasa ampunkan lagi setelah bermacam-macam perilaku yang mengguris hatinya.

    bila hang jebat mengamuk, tentulah sultan belum dapat ditikamnya, tetapi yang terikam dahulu ialah rakyat jelata yang ditemui disepanjang perjalanannya.

    jika aku nak huraikan perumpaan ini, ringkasnya ialah, tentulah yang tertikam hati, rakan-rakan ku sendiri yang berada di persekitaran aku atau pun sesiapa saja yang berhampiran. sedangkan yang ku amuk, hah hah hah, sedang ku menuju ke arahnya.
    :)

  3. munzir fauzi says:

    marilah bermusyawarah di tempat hamba….

  4. LESLIE says:


    CheapTabletsOnline.Com. Canadian Health&Care.No prescription online pharmacy.Best quality drugs.Special Internet Prices. Low price drugs. Order pills online

    Buy:Lasix.Cozaar.SleepWell.Wellbutrin SR.Ventolin.Lipitor.Seroquel.Aricept.Zetia.Amoxicillin.Female Cialis.Acomplia.Zocor.Nymphomax.Female Pink Viagra.Benicar.Buspar.Advair.Prozac.Lipothin….

  5. ada makan-makan tak lepas mesyuwarah ? :P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>