Marah-marah
Hye, dear all.
Marah selalu hadir dalam diri kita. Rasa tak puas hati kepada sesuatu, selalu mengundang rasa marah. Sama ada kita buat orang lain marah, atau kita rasa marah disebabkan orang lain. Peoples are peoples. Tak pernah sempurna.
Harini kami berbuka puasa sekeluarga. Semua adik beradik ada. Mak sibuk di dapur masa aku sampai ke rumah dari bangsar. Adik-adik dah makin kurang rajin bantu. Mak pulak tak merungut semasa dia buat kerja-kerja rumah tu. Aku pun agak keletihan terlelap seketika dengan baju kerja di ata katil besar bilikku. Rasanya ada serangga sudah sengat belakang aku. Dari pagi ada rasa sengal-sengal sikit. Aku masuk ke rest-room, buka baju dan cuba intaikan belakang aku dari cermin. Nampak bekas gigitan, tapi tak dapat keluarkan sting yang tertinggal dalam daging tu.
Hari semalam, semasa mengadap vice head kat office untuk minta signaturenya, aku terpandangkan senaskhah suratkhabar “sinar harian”. Frontpage story nampak menarik untuk ditatap. Aku capai dan baca… Owh…rupa-rupanya berita kemalangan. Aku cuba mencari tarikh keluaran naskhah. Sedikit meilau mata mencari akan tarikhnya. Balik dari terawikh, aku pun cuba mencari semula nama sahabat yang kukenal di “sinar harian”. Bertanya khabar dan berkongsi perkhabaran dengannya. harini ini sudah pun dapat balasannya, dan sahabatku itu masih bekerja di bahagian Terengganu.
Buat Noh Haidir, sahabat yang bertungkus lumus menyiapakan minit mesyuarat. Jangan marah-marah. (Aku tolong designkan signboard utk kedai Cybercafe dan Perabot ahli keluarganya-tempoh hari). Nanti kita buat makan-makan aaa…


Wassalam.
p/s: aku sudah kasi update , reupload my engagement album. Ramai komen tak nampak pantun2 yang ada dalam setiap pages. Harapnya, dapat tgklah. Tak dapat nak upload hi-res, nanti masalah nak download kat user pula.
Tags: Design, engagement, noh
rsanya dlm entry yg panjang2 tu xramai pon org yg marah, biasa la puasa kan mengajar kita bersabar =)
congrats on the engagement btw!
fuyooo…………..cun gile gambar la
Thank you for sharing!
sape yg mare2 tu? congrats..on ur engagement..bila nak langsung ni? jgn lupa jemput ok! hehe..btw, akak ni, mrs cik lan..tq 4 d card, just received 2day…selamat hariraya from us too to saha n family..sorry, x dapat buke sama..nanti datang raya kt rumah ok!
Tahniah.. dah jadi tunangan orang rupanya.. patut ler.. sonyap ajer.. semoga berbahagia hingga ke jinjang pelamin.. ok..
nenet:
yeke tak marah? tq.
faiz:
TQ.
Wahoo:
TQ to you too.
jun:
Kak, bila nak langsung nanti kita story sambil makan kari kepala ikan. Hehehehe.
OrlyLove:
TQ. Anak sihat? Nanti aku akan mengejar bila dah boleh. ekekeke.