Matikan (matikau) autoplay disk
Muhahaha. Pernah rasa bengang dengan “kecanggihan” oto-buka* (autoplay), setiap kali CD ataupun pemacu USB di cucuh ke mesin windows kamu orang? Lebih-lebih lagi kalau bersangkut paut dengan virus komputer atau trojan atau sakneke mak nenek yang cuba menjahanamkan sistem. Pasti bengang.
Aku pernah cari Hows to Disable Autoplay of Audio CDs and USB Drives, dan aku jumpa satu artikel di www.howtogeek.com.
Cuba cara ini (aku buat ringkas, nak tahu lebih dan bergambar, sila ke web www.howtogeek.com).
1. Start Menu > Run dan taip “gpedit.msc” tanpa ” “
2. Pilih Administration Templates System
3. Di panel kanan ada pilihan “Turn off autoplay”
4. Dwi-klik pada item dan set Radio-button kepada Enabled, talakan kepada “All drives” pada “Turn off Autoplay on:”
tara…
selamat berpuaasa.
Posted in Internet