Merdeka dan Ramadhan
Yep. Aku rakyat Malaysia yang lahir selepas Merdeka. Manakala tahun-tahun sebelum ini, rentangan jalur gemilang (dulunya aku kenali hanya sebagai bendera Malaysia) sungguh bergelimpangan dalam pandangan. Apa jadi pada tahun ini. Hilang semangat Malaysia kah? Ataupun wang untuk mendapatkan jalur gemilang terpaksa dicatu ekoran harga beras dan minyak yang tak tertampung lewat masa kini? Aku pasti banyak otak yang sedang mencari akal untuk meraikan Merdeka tahun ini dengan lebih bersederhana. Lebih-lebih lagi Ramadhan insyaAllah pada keesokan hari kita bersorak “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
Oh Malaysia, aku mengeluh lagi…
Ya Ramadhan…selamat datang lagi. (salam Ramadhan buat semua).
Posted in Life
Tags: bendera, beras, harga, malaysia, masjid, merdeka, minyak, petrol, ramadhan
