Musim mengawan
ehem! Kasar sungguh bahasa tu?
Aku masih di KL dan Rawang sewaktu menghabiskan sebanyak mungkin “gubahan” kad jemputan walimatu urus dua orang teman aku. Pencetakan dijadualkan bermula minggu hadapan.
Semalam, aku dan isteri ke Pejabat Agama Islam Daerah Muar. Urusan yang aku ingin tunaikan ialah memungut Sijil Nikah dan membuat tempahan Kad Nikah. Sijil Nikah yang bersaiz besar memang telah lama disiapkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah Muar. Untuk Kad Nikah pula, boleh dituntut 3 bulan selepas permohonan dan bayaran (MYR30) dibuat. Ohhhh… begitu.
Posted in Design
Tags: agama, card, certificate, cetak, Design, illustrator, invitation, jemputan, johor, kad, kahwin, marry, muar, nikah, photoshop, printing, sijil


