My ride

Alhamdulillah, penantian bagai satu penyeksaan. Sepatutnya aku dah jadi mamat scoot minggu ini tetapi disebabkan tercicir beberapa dokumen, menyebabkan payment untuk dealer motor tak dapat direlease. Maka, janji dari manager dealer moto En Khairil, Isnin nanti motor release. Aku boleh hantar payment selepas dapat. Lega rasanya, dah banyak kali aku ke tempat dealer motor menguruskan hal scoot ni. Tak kurang dari 4 kali nampaknya. Risau jugak, nanti naik benci pulak orang kat kita. hehehehe, asik ulang alik. Moto tak lah mahal mana. Kecoh aje yang lebih. Anyway, untuk scoot ini kita tunggu selepas Isnin lah untuk direview.

Kereta perang aku, AE92 SE yang aku dapat semenjak hampir 3 tahun, telah ku hantar untuk dicat semula. Memang boleh dikatakan aku dapat dalam keadaan memuaskan. Dengan enjin 4 throttle 20 valve yang mencengkam jiwa untuk menarah jalan-jalan dgn menekan pedal minyak memburu kereta-kereta baru.
poyo jer.
AKu dapatkan bantuan sahabat untuk mengecat kereta perang ku itu. Tapi biasalahkan, kawan-kawan nih kekadang suka tengok kita punya kereta best (bakar line). Dengan tak semena2, dari pelan asal nak refurbish 4 batang absorber, bertukar menjadi bawak masuk 2 batang absorber tanabe sustec pro. Masuk depan punya absorber, kasi lowering seket. Ceih. Baek punya advise.Mujur bukan yang brand new. Jadi kosnya taklah melangkaui ribuan ringgit. Kasihan juga aku tengok kereta aku nih. Menjongket macam motorboat ajer. (Inilah komen ikhlas dari beberapa rakan kerja aku, samakan kereta aku dgn motorboat). Kita tgk lepas nih, hahaha.
Sebelum di cat, kereta perang aku diketuk sebelum disimen. Dengar khabar, ada kerosakan (dented) yang agak kasar sikit. Tetapi telah dibereskan. Janji Haji, (kawan baru yang diperkenalka oleh Robi), ambil masa 2-3 minggu untuk siap. Tak sabar juga menunggu hasilnya. InsyaAllah, kita akn kongsikan progressing kereta perang aku nih.
Nak invest banyak2 tak dapeklah. Ada sorang brother kat tempat kerja aku tu, dengar cerita sudah modd dia punya AE. Wah $$ ooo.
Posted in Life
perang = war or perang = brown? =p
cewah, baik punya bikin. makin mencipan la nampaknya nanti …
WAR = perang, ekekekeke
Sowilah, semenjak kita punya ejaan dah tak guna é dan e, memang ada beberapa kekeliruan. mungkin kena letak voice clip pulak lenkali. heheheh.
Mencipan? hehehe, baru best gi häagen-dasz nanti, kan?
perghhhhhhh……taun baru nih…moto baru…kete baru(cat, servis,absorber etc)….kayo pakcik ekkk
mano pulak kayo. kumpul 3 tahon punya budget la….