Nama Domain sendiri dan Blogger (Blogspot) ~ Google Application
Semakin ramai yang mendaftar di blogspot mula membeli nama domain sendiri. Ya, mungkin kerana sudah ada pengalaman di internet, maka domain sendiri lebih mudah dirujuk berbanding URL blogspot yang dibayangi dengan URL yang panjang dan tidak menunjukkan ciri si pengguna.
Apa yang perlu supaya nama domain yang telah dibeli boleh dirujuk dan dihala kepada blogspot sendiri? Ada beberapa perkara yang perlu. Aku senaraikan dua perkara yang aku fikir penting.
1. Antaramuka untuk DNS (Rekod A,CNAME)
2. Akaun blogspot
Di dalam Bahasa Inggeris DNS ialah Domain Name System dan antaramuka untuk rekod A, CNAME boled di kawal di “Domain Management Page” atau “Domain Control Panel” atau yang membawa fungsi yang sama. Istilah yang dicetak mungkin berbeza. Tetapi apa yang penting ialah, pengguna mampu membuat/mengubah rekod A, CNAME.
Aku tidak mengulas panjang mengenai rekod A atau CNAME atau MX kali ini. Sila google ataupun buat carian di Wikipedia untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan maksud rekod A, CNAME dan MX.
Kebiasaanya, apabila mengubah rekod A,CNAME ataupun MX, perubahan ini akan mengambil masa untuk mengambil kesan. Jadi, jangan menaruh harapan, perubahan boleh di lihat dalam masa 5 minit untuk berfungsi sepenuhnya. Beri masa sehingga 24jam atau 48jam.
Aku cadangkan langkah-langkahnya seperti berikut.
1. Daftar masuk ke dalam antaramuka kawalan DNS
2. Cari nama domain kamu dan buat ubahsuai kepada catatan CNAME.
2.a. Buat rekod baru untuk rekod CNAME (Add CNAME record)
2.b. Catatan baru berformat begini. Misalannya nama domain kamu itu ialah www.inilahblogsaya.com, dan kamu mahu URL blog kamu itu nanti ialah www.inilahblogsaya.com, cuma catatkan www untuk rekod pada ruangan Name.
2.c. Catatkan di ruangan rekod Host Name, dengan ghs.google.com . Untuk TTL, taruh talaan untuk 1 jam atau biarkan dengan talaan lalai (default).
3. Simpan (save) rekod.
Sekarang kita buat sedikit ubah suai supaya pengguna internet akan dihalakan kepada blog kamu jika dia cuma menaip inilahblogsaya.com tanpa www. pada awalan URL. Jika tidak, pengguna mungkin mendapat halaman kosong atau mesej permintaan tidak diproses.
1. Masih lagi dengan antaramuka kawalan DNS
2. Buat rekod A pula. (juga dikenali sebagai ‘A’ NAME)
2.a. Terdapat 4 set IP yang perlu dicatat berasingan dengan setiap satu rekod A. Rekod untuk catatan inilahblogsaya.com, tanpa www. kepada IP berikut : (Ingat, setiap satu berasingan)
216.239.32.21
216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21
Sudah selesai dengan talaan DNS. Langkah seterusnya lebih mudah. Atau lebih yakin. Sekarang kita perlu buat ubah suai pada talaan Blogger (blogspot). Sebelum aku teruskan, aku terangkan sedikit berkenaan apa yang telah kita lakukan sebelum ini. Dengan membuat/ubah rekod tadi, kita telah mebuat arahan kepada komputer-pelayan DNS untuk merujuk nama domain kamu (www.inilahblogsaya.com atau inilahblogsaya.com, tanpa www.) kepada Google. Kenapa Google? Sebabnya, Blogger atau blogspot ditaja oleh komputer-pelayan Google. Ia ialah sebahagian daripada aplikasi Google (Google Application). Oleh kerana terdapat banyak blog yang telah didaftarkan di dalam Blogger (blogspot), kita seterusnya akan membuat ubahsuai untuk memberitahu blog kita di Blogger (blogspot) untuk mengambil rekod www.inilahblogsaya.com (atau tanpa www.) sebagai rujukan.
Daftar masuk ke dalam antaramuka Blogger kamu.
1. Klik pada “Settings” > “Publishing“
2. Pilih “Custom Domain“, dan masukkan nama domain kamu, misalannya inilahblogsaya.com.
Siap.
Posted in Internet
Artikel bagus. harap dapat perbanyakkan terlebih utama di dalam bahasa melayu.
Buy:Actos.Accutane.Zyban.Prednisolone.Nexium.Retin-A.Arimidex.Synthroid.100% Pure Okinawan Coral Calcium.Prevacid.Lumigan.Valtrex.Zovirax.Petcam (Metacam) Oral Suspension.Human Growth Hormone.Mega Hoodia….