Paintball

Bebola cat hinggap di badan dengan kelajuan yang mudah mencederakan kulit. Lebam dan melecet. Pernah bermain “paintball”?

Pengalaman pertama aku dengan sukan lasak “paintball” ialah pada tahun 2005.

We are worrior-a-like

We are worrior-a-like

Kenapa boleh terlibat ni? Hahaha! Pada tahun 2005, sukan “paintball” mula mencuri-curi pendengaran kami. Tetapi belanjanya untuk bersukan “paintball” ni, mahal. Seseorang biasanya dikenakan bayaran sehingga MYR100 untuk permainan ini. Jadi, kesanggupan rakan-rakan untuk bermain sukan yang tidak pernah dicuba-cuba selama ini, agak kurang sambutannya.

Sehinggalah pada suatu hari kerja, kami telah berpakat bersukan selepas waktu kerja di NPNG, yang terletak di sekitar Sungai Buloh, Selangor. Kami cuma dapat mengumpulkan 5 orang sahaja. Kalau dibahagikan dengan dua teams sekalipun, sudah tidak seimbang. Tapi, sukan diteruskan juga. Kepuasan pertama kali bermain sukan tembak menembak mengembalikan kenangan bermain senapang kayu sewaktu zaman kanak-kanak. Tetapi kali ini, ada harga yang perlu dibayar. Bukan nyawa, tetapi silap gaya, boleh cedera.

Oleh kerana sukan ini memerlukan komitmen wang, dan masa  yang susah nak diperuntukkan, sehinggalah setahun kemudiannya, baru kami berlasak semula. Nanti aku carikan gambar-gambar, video-video dan capaian-capaian berkenaannya.

Posted in Sahaini

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>