Perjalanan 1 atau 1000 marhalah

?????? ??????? ???????????? ??????????

????????? ??????? ??????? ????? ?????? ????? ?????? ???? ???????????  ???????? ?????? ???????? ???????????????

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

Doa naik kenderaan ini dipetik dari ayat 13 dan 14 surah Az-Zukhruf (Surah ke-43, Makkiyyah, dalam Juz ke-25).

Emak mertua aku selalu berpesan “Baca doa naik kenderaan, jangan lupa,” setiap kali aku mahu memulakan perjalanan. Ini doa yang khusus, kalau dahulu aku mulakan dengan basmalah sahaja. Bila emak mertua aku selalu ingatkan, aku galak menghafaznya dengan betul. Alhamdulillah semoga ingatan aku kuat dan lekat kepadaNya. Sebelum ini, aku baca doa ini jika ada ternampak doa yang dilekatkan pada papan dashboard kereta. :)

Aku sering bermusafir di usia begini. Ada pelbagai ilmu musafir yang aku gilap semula. Sepertinya perkara-perkara di dalam solat. Jama’, qasar, makmum, imam, masbuq dan doa-doa. Betullah kata orang-orang tua, jauh perjalanan luas pandangan. Pelbagai tauladan dapat dijadikan perkara untuk diperhatikan, difikirkan, disingkirkan mahupun diamalkan apabila merantau atau menziarahi pelusuk bumi ini.

Ada disesetengah, amalan solatnya oleh penduduknya sungguh mudah dan tidak nampak kekok. Ada wudhuk yang sempurna, tahu arah kiblat, ada tempat yang bersih, sudah pun selesai. Tidak perlu terkocoh-kocoh mencari musolla/surau. Tidak perlu tempat yang luas, cukuplah boleh rukuk dan sujud.

???? ????

Posted in Life

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>