Pindah Duit IBFT Dikecualikan Caj

Pagi ini, saya baharu maklum yang Perbankan Internet Malaysia menegecualikan Caj IBFT (Instant Bank Fund Transfer) bermula dari 1 Oktober 2015 Sehinggalah 31 Disemeber 2015.

Saya secara tak sengaja tahu apabila nak buat IBFT dari CIMB hantar kepada RHB untuk pembayaran domain di www.kits.com.my (Oh, ada #MYCYBERSALE 2015 tau!)

Oleh kerana tiada makluman yang diwar-warkan di muka utama CIMB, jadi saya cuba dapatkan kepastian sama ada cuma CIMB (cimbclicks) yang tawarkan pengecualian atau bank lain pun sama.Kong: Skull Island (2017)

Saya cuba dengan RHB di RHBNow. Yeay! Ada pengecualian juga. Jadi saya fikir tentu semua perbankan internet (Saving Account) ada tawarkana pengecualian. Saya lihat ada pengumuman (poster) di laman web rasmi RHB Group. Tahniah.

Saya cuba nak pastikan dengan melawat laman rasmi Bank Negara dan Info Perbankan. Malangnya sekali imbas saya tidak menjumpai pengumuman yang diwar-warkan di laman rasmi mereka.

Ha! Jika anda ada pengalaman sebaliknya atau berkaitan, sudi-sudikanlah lontarkan perkongsian yang membina anda di raungan komentar. Selamat pindah-pindahkan duit kita (yang tak tahulah berapa tukarannya tu-huhuhuhu)

Watch Fifty Shades Darker (2017) Full Movie Online Streaming Online and Download

Leave a Reply