Projek belakang rumah kembali aktif

Apa projek belakang rumah anda?

Kita, tentu ada sesuatu perkara yang menjadi keinginan untuk dilaksana dan dicapai. Jika sudi, kongsikan dengan saya. Bila berkongsi dengan cara menterjemahkannya dalam bentuk perkataan ataupun bergambar, bijak pandai kata, itu dah melangkah satu tahap untuk mendapatkannya.

Kalau anda idamkan rumah sendiri, tampal gambar rumah di dinding tempat kerja anda. Jika anda idamkan kereta, jadikan wallpaper dalam komputer atau tab anda.

Ini antara gerakan untuk mengaktifkan minda separa sedar kita.

Okay. Berbalik semuka kepada projek belakang rumah saya, pada tahun 2016 ini saya merancang dan laksanakan semula projek ternak arnab hias yang saya mulakan pada tahun 2012.

image

Saya buka untuk lawatan dan jualan tetapi by appointment. Text/whatsapp +6012-747-3585, untuk appointment. Ini untuk memberi ruang kepada saya mengawal selia suasana yang terbaik utk pelawat dan kepada arnab-arnab comel saya itu.

Doakan saya dan projek ini berjalan baik. Terima kasih kepada rakan-rakan penggiat arnab yang memberi sokongan. Mana yang terguris hati tu, bolehlah kita sit down dan bual-bual untuk mengeratkan silaturrahim dan menguraikan kekusutan dan salah faham. Kita mainkan peranan kita sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal dan fikiran yang waras.

Hari ini hari jadi saya. Jadi biar lah ianya best dan menjadi titik tolak kepada kebaikan. 🙂 semoga kita semua ceria! Kita semua.

image

Leave a Reply