Rebiu tutorial. Google Play di dalam gajet Blackberry 10

Baru-baru ini saya telah diberi guna sebuah telefon Blackberry Z10 oleh seorang sahabat. (Terima kasih, anda tahu siapa anda). Ini merupakan pengalaman baharu kepada saya yang duduk di kampung dan ceruk negeri. Guna BlackBerry di lokasi yang lemau internet sambil bertani.

Oleh kerana sebelum ini saya dengan asas android, pelbagai aplikasi android sudah menjadi keselesaan kepada saya. Bahkan pos ini saya taip di atas applikasi wordpress-android yang saya pasang atas platform blackberry. Ya. Betul. Untunglah saya terbaca perkongsian sahabat pengguna blackberry di CB10. Baca kaedah nya di sini.

Ingatan ikhlas. Baca penafiannya dan tutorial sepenuhnya.

image

Mungkin anda hadapi isu dengan aplikasi dari google yang perlu authenticate dengan google play services, games, map. Maksudnya ada servis kebergantungan. Jadi baca tutorialnya di sini.

image

RTFM
Kesimpulannya ialah, anda perlu membaca teliti dan libatkan diri dalam perbincangan jika ada kemusykilan. Baca dahulu sebelum bertanya. Jaga etika apabila berbincang.

Pendapat peribadi saya usaha membawa google play ke dalam platform blackberry adalah membantu ramai pengguna gajet diluar sana. Fungsi natif porting yang ada dalam blackberry agak ketinggalan tetapi mungkin dek kerana untuk menjamin kestabilan dan kualiti apps. Selamat mencuba.

Leave a Reply