Salam Ramadhan 1429H

Dulu, semasa aku seorang kanak-kanak. Aku punya kawan-kawan yang riang tidak kira sama ada bulan puasa, atau tidak. Tentunya kalau bulan raya, kami lebih riang dan berusaha mengumpul duit raya.

Aku masih teringat-ingat sewaktu bersolat terawikh di masjid. Sungguh bersemangat menyahut selawat setiap kali di laungkan. Seingat aku, aku mulakan menyahut dengan sebutan yang salah. Pada masa itu, kami hanya meniru bunyi selawat yang kami dengar bergma di masjid. Aku sedar yang kami selawat salah, bila aku di darjah tiga. Pada masa itu, ustazah mengajarkan sebutan yang betul.

Solat terawikh cuma “sempat” buat 10 rakaat. Selepas selesai 10 rakaat itu, kami ada misi bermain mercun di padang sehingga keliling kampung. Bila selesai jemaah di masjid dengan solat witir, kami memang siap sedia untuk makan jamuan moreh. Kemudian, berebut untuk balik ke rumah. Badan masing-masing berbau hangit. Nakal. Itulah acara 29 hari Ramadhan.

Kebiasaannya, pada hari raya pertama, ramai kawan-kawan aku pulang ke kampung halaman mereka. Jika kami tidak pulang ke kampung, kadang-kadang aku termanggu-manggu di rumah menonton sarkas di kotak televisyen. Makan kuih raya, nasi himpit, dan minum yang emak sediakan biasanya untuk tetamu. Masuk hari ke-3 dan seterusnya, barulah acara beraya bersama kawan-kawan memneuhi ruang masa kanak-kanak ku. Lima minit di setiap rumah! Banyak lagi rumah yang perlu di lawat. Hahahahaha.

Salam Ramadhan.


Posted in Sahaini

Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>