Sebarang dokumen kepada PDF

Apa itu PDF?

Portable Document Format (PDF), ialah produk dari makmal Adobe Systems Incorporated
(sebutan a-DOE-bee) yang dihasilkan pada tahun-tahun 1990-an. Popularitinya bermula di kalangan pereka grafik kerana sifatnya yang  tidak tertakluk kepada sistem operasi, saiz yang anjal(fleksibel), dan kemampuan menangani grafik vektor dan muka taip. PDF juga merupakan Open Standard

Kenapa PDF?

  • Open Standard
  • Interaktif
  • Saiz
  • Grafik
  • Vektor
  • Teks
  • Lutsinar (Transperancy)
  • Pemetaan bit (Raster or bitmap)
  • Kebenaran dan tahap capaian (Security)
  • Rentas pelantar (Cross platform)

Apa yang disenaraikan di atas merupakan sebahagian dari ciri-ciri yang disokong oleh PDF. Malahan, bermula dari versi generasi baru, PDF yang telah melancarkan perisian percuma Acrobat Reader (sekarang dikenali sebagai Acrobat Reader) merupakan format mesra laman web. PDF mampu mentafsir rangkaian URL yang terdapat didalamnya. Ini menyumbang kepada keberkesanan PDF dalam aliran dokumen yang tidak mengira pelantar operasi sistem anda. Lebih anjal dan lebih cekap.

Apa itu PDF Printer Pro?

Walaupun fail format PDF boleh dibaca dengan hanya menggunakan perisian percuma Acrobat Reader tetapi untuk membikin fail berformat PDF anda memerlukan perisian yang berasingan. Jika anda telah mempunyai fail-fail format yang biasa anda gunakan seperti MS Word atau Appleworks, Quark XPress atau Publisher, Internet Explorer atau AOL, atau apa sahaja format yang sekarang ini pada mesin berasas Windows: anda perlukan PDF Printer Pro.

Jika mesin anda berasaskan Mac, anda tidak mempunyai masalah untuk mengeksport kepda PDF kerana PDF ialah format fail natif dalam binaannya. Tetapi kekurangan kepada mesin berasas Windows dalam hal ini mungkin memeningkan anda. PDF Printer Pro mempunyai kemampuan untuk melakukannya.

Kenapa PDF Printer Pro?

Ciri-ciri keselamatan dan kemampuan PDF boleh dilakukan dengan menggunakan PDF Printer Pro yang mana kebanyakan perisian-perisian percuma lain tidak dapat lakukan. Anda boleh tingkatkan ciri keselamatan seperti tahap membaca sahaja (read-only), tahap cetakan atau kekunci keselamatan untuk membuka fail dari aturan dan tetapan di PDF Printer Pro. Jika anda memerlukan dokumen yang kritikal dan hanya perlu dibaca, dicetak atau disunting oleh pengguna yang anda tetapkan, PDF Printer Pro boleh lakukan. Anda akan mendapat dokumen PDF yang ditingkatkan tahap capaiannya.

Muat turun dan melengkapkan perisian

1. Muat turun perisian dari PDF Printer Pro. (Sama ada “Trial Version” ataupun “Purchased Version $19.97“). *Trial version membolehkan anda menukar format kepada PDF dengan talaan dan tetapan terhad.

2. Muat turun skrip percuma GPL Ghostscript dari http://www.Datagenn.com/download/Ghostscript (skrip ini diperlukan).

3. Lengkapkan perisian dan skrip kepada mesin berasaskan Windows anda.

Apa yang perlu anda jangka

1. Setelah proses melengkapkan perisian selesai, anda akan perolehi satu pencetak baru.

2. Buka sebarang dokumen. Dalam tutorial ini kita buka satu fail MS Word. (Muat turun [download#2]).

3. Dari menu > File, pilih Print. Atau tekan butang pintas Ctrl+P

Mengubah talaan dan ciri fail PDF anda

1. Klik pada “Properties” untuk talaan dan tetapan.


Apa pilihan yang lain?

Pilihan yang lain? Hahahaha… Google PDF Printer. :P

Posted in Internet

Tags: , ,

5 Responses to Sebarang dokumen kepada PDF

  1. bani says:

    kupasan yang menarik. just nak share dengan semua, syarikat gergasi perisian dunia (anda tahu siapa yang dimaksudkan) telah memperkenalkan satu format dokumen yang sama fungsi dengan PDF. ia dipanggil XPS. sila google :D

  2. chul says:

    http://toki-woki.net/p/Shrink-O-Matic/

    Shrink O’Matic is an AIR application to easily (batch) resize (shrink) images. It handles JPGs, GIFs and PNGs.

    Simply drag and drop images and they’ll be resized as you wish! Options allow you to choose the output sizes, names and formats.

  3. kaduke says:

    ni boleh tukarkan dari pada pdf ke .dwg or .dxf? ada tak perisian begitu?

  4. sahaini says:

    Bani and Chul Tq for the sahring.

    Kaduke, software yang di atas ini cuma tukarkan fail format yang lain itu kepada PDF. Google “DWG to PDF”, aku jumpa beberapa.

  5. kaduke says:

    aku nak pdf to dwg atau dfx.. terus masuk autocad.. hauhauhauh eh ada ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>