Selamat Hari Raya
Ucapan selamat hari raya sudah menjadi-jadi lewat bulan ini. Maklumlah hari raya memang tinggal beberapa hari sahaja lagi. InsyaAllah kita sambutnya nanti.
Aku cuma nak ingatkan sesama manusia, jangan lupa bayar zakat fitrah. Memang hukumnya paling bagus membayar sebelum solat sunat aidilfitri, tetapi kalau macam aku nih, selalu tergesa-gesa di pagi raya, usahlah amalkan selalu. Tak aman hidup sebab terfikir kalau terlajak tak bayar zakat. Naya wo.
Selain dari itu, kepada yang akan membuat perjalanan pulang ke kampung, periksalah kenderaan anda. Tayar ganti, alat tukang, dan hal-hal berkaitan. Jangan lupa kunci rumah. Pastikan dalam keadaan selamat.
Selamat hari raya maaf zahir batin.

Imej rumah sewa ku yang aku bikin dalam google SketchUp.
Posted in Life
Tags: aidilfitri, google, mac