Tag Archives: school

Tips101. ABC dot untuk jinakkan anak anda

Cuti Sekolah? Alamak? Anak anda dah siap semua kerja sekolah! Apa lagi nak buat?

Anak saya yang sulung telah selamat dikhatankan seminggu yang lepas. Hari ketiga dah mula loncat-loncat. Hari kelima dah pakai seluar. Saya dulu… haishhh… sebulan belum betul baik lagi. Kemajuan dalam teknologi perubatan dan pembedahan nampak kebaikannya dalam pengamalan khatan. Anak saya dikhatankan dengan teknik laser. Ya, saya lihat semuanya sebab saya temankan dia. Eh! Itu cerita lain kali lah. Kali ini saya nak kongsikan dengan anda tips untuk selamatkan maruah anda dan supaya anda dapat kekalkan Chief and Command. 🙂

Kita beri anak anda kerja sekolah!

Jika anak anda baru-baru diperingkat sekolah rendah dan pra-sekolah, mari kita latih tulisan tangan alphabet mereka. Anda ada komputer dan pencetak? Ini lebih mudah. Muat turun font ABC dotted di sini. Kemudian reka dan cetaklah kerja-kerja sekolah untuk anak anda.

Screen Shot 2015-12-09 at 11.31.00 PM

Ya, anda perlu daftar sahaja dan muat turun percuma bahan-bahan yang diperlukan. Berguna untuk projek-projek pendidikan anak anda.

Jika anda ada idea-idea lain kongsikanlah. 🙂