Vektor, Batman, Hafizi dan Sahaini

Apa khabar semua?

Usia saya sudah pun menghampiri 40 tahun. Pada usia 20-an, saya rasa begitu “adventurous”. Macam-macam. Tunggang-langgang. Walau bagaimanapun pencapaian saya sungguh kecil hama sahaja.

Seingat sayalah, saya mula suka dengan perisian berasaskan vektor, apabila saya diperkenalkan dengan CorelDraw. Dengan lasaknya saya guna aplikasi CorelDraw pada tahun-tahun 1995-2000. Kemudiannya saya beralih kepada Adobe Illustrator apabila saya mula menjadi seorang pekerja grafik pada tahun millenia. Adobe mempunyai kekuatan profil pemproses CMYK yang lebih mesra industri.

Selain daripada itu, aplikasi daripada Macromedia juga menjadi pilihan saya pada ketika itu. Pendek kata, aplikasi komersil lah yang begitu mudah menjadi pilihan kepada saya.

Apabila mula serius menggunakan mesin berasaskan Linux dengan distro seperti Ubuntu, aplikasi saya berubah kepada kategori “open software”. Pada mulanya memang kekok kerana konsep ini berkembang pesat 5 tahun kebelakangan ini. Banyak pembaikan dan aplikasi yang baik di kongsi kepada pengguna. Dari situlah saya kenal dengan lebih dekat dengan GIMP, Inkscape, Scribus dan Blender.

Sekarang saya sangat selesa dengan Inkscape menggantikan total Adobe Illustrator. Ya, kadang kala, ada kerja yang spesifik memerlukan saya menggunakan Adobe’s. Jika itu berlaku saya langgan lesennya ikut keperluan sahaja.

Itu secara ringkasnya kisah vektor dan saya.

Seterusnya saya kongsikan sedikit “time-lapse” saya sahut cabaran mendigitalkan batman karya asal oleh saudara Hafizi di http://www.mohdhafizi.me/tutorial-melukis-batman-menggunakan-adobe-illustrator/ dengan Inkscape. Dalam tutorial sahabar saya Hafizi, beliau menggunakan Adobe Illustrator. Saya pula gunakan Inkscape.

dan ini ialah hasil akhir saya

Batman

 

(Saya rekod guna https://screencast-o-matic.com/refer/cbjIlgiovw)