netscape-navigator-icon

Tahun 1997-2001 saya

Saya mula mengenali dunia internet semasa saya dalam pengajian di UTM Skudai pada tahun 1997, iaitu di tahun satu saya. Pada ketika itu saya belum betul-betul nampak gambaran yang besar mengenai dunia yang dirubah oleh teknologi maklumat. Saya lebih terkesan dengan komunikasi berasaskan teks lebih mudah diedarkan dan didapatkan dengan internet. Percayalah belum semuanya begitu mudah seperti sekarang. Sehinggakan ada perkhidmatan disediakan di Perpustakaan Sultanah Zanariah yang menawarkan khidmat pencarian maklumat pada waktu menggunakan enjin-enjin carian (pada ketika itu Yahoo! Search, Astalvista antara yang gah di internet).

Pada tahun 1997, saya telah didaftarkan oleh seorang kakak (yang banyak beri dorongan kepada saya) dengan satu akaun e-mel yang masih lagi aktif sehingga kini. Hotmail! Kemudian mencuba laman-laman bual/sembang. Pada mulanya aktiviti bual/sembang ini menggunakan aplikasi “LAN messenger”, kemudian beralih kepada Telnet, kemudiannya ruang sembang internet yang berkembang daripada laman sembang kepada IRC dan kepada aplikasi-aplikasi yang semakin bercambah seperti ICQ, Yahoo! Messenger, MSN, AOL dan pelbagai lagi.

Banyak perkara-perkara yang bersifat persendirian mula dikongsi dan menjadi tatapan pengguna internet lain. Blog mula mendapat tempat. Saya masih teringat dengan Blogger.com yang begitu mudah digunakan berbanding kerja-kerja suntingan(tentunya dalam kod HTML) dan muat naik dengan sambungan FTP. Aku mula menggunakan blogger.com (sekarang blogspot.com) pada tahun 2001! Pasti ramai lagi yang telah mendaftar dengan blogger.com semenjak dilancarkan pada tahun 1999 lagi. Seperti ramai “geek” yang sedia maklum, kemudiaannya blogger.com telah dipunyai oleh google.

Oh! Kalau-kalau mahu tinjau pos-pos lama saya di akaun blogger saya, silalah ke http://triklik.blogspot.com dan pos pertama saya ialah di http://triklik.blogspot.com/2001/09/yehah-kalau-ada-yang-berjaya-melihat.html

Sampai  di sini dahulu…

2 thoughts on “Tahun 1997-2001 saya

Leave a Reply