Tea time with kengkawan

Hello all.

Ahad yang lepas, 11th May 2008 – aku dan dengan bantuan Fafarafah dan juga Noh Haidir telah mengatur pertemuan kengkawan di Restoran Wak Chai, Taman Tun Dr Ismail, KL. Walau pun Noh Haidir merungut sebab tiada siapa yang mengesahkan kehadiran, tetapi pada hari kejadian, panjang juga mejayang dirampas untuk mendudukkan geng kengkawan yang rata2 membawa pasukan bantuan.

Apa yang kami buat pada hari tersebut ialah menunggu kehadiran Zul terutamanya, yang dijangka datang dari Sabah. Tetapi masalah penerbangan yang tertangguh, buat kan kami tidak juga berkesempatan berjumpa, bila Zul tidak muncul2. Selain bertanya khbar sesama sendiri, kami sekadar mengisi perut masing-masing yang cuba bersaing sesama sendiri dari segi saiznya. Potensi yang agak menonjol kepada saudara Noh Haidir yang akan mual bekerja dengan sektor semi-kerajaan Jun yang akan datang. Selamat maju jaya dengan tugas di tempat baru. (Noh datang bersama isterinya, Ija).

Chul dan Syam, pasangan yang baru berkahwin pada Disember yang lepas, yang mula2 chop tempat. Aku terpaksa buat panggilan kecemasan pada pukul 3 petang kepada Chul untuk datang seawal 4 petang. Aku terpaksa bergegas dari Damansara ke Rawang untuk menguruskan dan menghatar adikku yang mendaftar untuk kursus suntingan video di Kuala Lumpur. Terima kasih Chul. Bila aku sampai, dia dah placing baek di dalam restoran dengan muka yang dihiasi rambut serabai. (selepas itu dia pergi potong rambut).

Aku puji Noh dan Ija, yang kepenatan dengan aktiviti keluarga nya yang terdahulu sepanjang hari itu. Kebetulan hari ibu, mereka meraikan ibu Ija terlebih dahulu. Selamat Hari Ibu semua. (aku hanya sempat ucap selamat pagi + a kiss + belanja minum air masak kat umah ajer).

Jadi, cerita banyak pulak yer. Aku harap, semoga di masa-masa mendatang, lebih ramai yang dapat bertandang untuk acara kengkawan bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan ingin terlibat mahupun gagal terlibat.

[flashvideo filename="http://www.youtube.com/watch?v=_TRahiSDsM0" /]

[flashvideo filename="http://www.youtube.com/watch?v=XJuXZCalnpg" /]

[flashvideo filename="http://www.youtube.com/watch?v=owAwudTto_4" /]

TQ to Dino for the videos.

Posted in Life

Tags: , , , ,

2 Responses to Tea time with kengkawan

  1. chul says:

    lepas nie buat farewell utk aku plak eh..

  2. sahaini says:

    bila? kau nak kurangkan kesesakan KL ini bila? hahahahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>