Touch N Go

Selamat melalui dan menikmati ibadah Ramadhan 1438H ini. InsyaAllah sama-samalah kita mendapatkan ganjaran yang ada terkandung di dalam bulan ini khasnya. Berita yang saya terima hari ini ialah mengenai kaunter pandu lalu isian semula kad Touch N Go yang secara hibrid berada di Plaza Tol yang dihentikan perkhidmatan isian semula bermula pada 22 Jun 2017 sehinggalan 2 Julai 2017.

Ini antara langkah yang di ambil oleh pihak berkenaan untuk menambahkan kelancaran kenderaan yang melalui Plaza Tol. Kenderaan tidak berhenti untuk membuat isian tetapi cuma berhenti untuk membuat sentuh dan bayar caj lebuhraya sahaja.

Apa jadi jika kad Touch N Go anda tidak mencukupi bakinya? Di dalam keratan akhbar atas talian ini (Baca di sini) atau (Baca di laman rasmi Touch N Go), tidak dinyatakan workaround ini. Walau bagaimanapun saya percaya, pihak PLUS telah menyediakan petugas-petugas yang akan merekodkan tunggakan sama ada secara bertulis atas pun secara elektronik. Jadi janganlah panik. Walau bagaimanapun, pastikan persediaan awal anda iaitu membuat isian semula di fasiliti isian semula yang ada. Dalam pemerhatian saya, boleh buat “topup” di sebarang 7Eleven (7E), Petronas terpilih, ATM terpilih. Menurut laporan akhbar, terdapat lebih 9200 lokasi isian semula.

Jangan panik! Isi awal!

Balik kampung dengan selesa.

TRIVIA.
Bermula pada 24 April 2017, semua lorong PLUS tidak lagi menerima wang tunai. Perlaksanaan penggunaan kad Touch N Go (atau SmartTAG)

Leave a Reply