Trip ke Kedah. Hari kedua.
Hari kedua. Hari melawat Alor Star.
Selepas Sabani kejutkan untuk Solat Subuh, aku sambung tidur dalam sejam. Memang lenguh badan. Bersiap untuk sarapan di kafeteria UUM sekita 10 pagi. Pelajar bercuti dan jarang nampak mereka yang masih ada di sini.
Selepas sarapan Sabani dan aku menaiki keretanya bertolak menuju ke Alor Star. Dalam perjalanan, kami singgah di taman tasik yang terletak di Jitra. Kira 3o minit disitu. Tasik yang cantik. Cuma di hari Ahad, di Kedah adalah hari bekerja. Jadi tiadalah aku nampak rmaai pengunjung. Cuma sekumpulan abang pemancing dan beberapa pasangan manusia berteduh.
Jam 1 petang sampai di Alor Star. Hari hujan membuatkan kami kesukaran untuk mencari petanda arah ke rumah Hafiz. (Kami tiada peta, melainkan alamat rumah). Bantuan dari Abon dan kawannya, akhirnya kami sampai ke kenduri dan makan. Hidangan yang sedap.
Bertemu dengan pasangan pengantin dan menghabiskan sejam di sana sebelum kami berangkat ke Kuala Kedah. Jurufoto mereka ialah saudara Hadzley Harith.
Petangnya kami merayau2 makan laksa dan ambil gambar suasana petang, di suatu jalan yang pemandangannya cantik.
(semasa pindahkan gambar2 dari CF kad ke pc, aku dapati ada banyak fail2 gambar yang rosak
… selebet betul)
Posted in Life